Arena Tinju


Legenda Tinju Dunia Muhamad Ali

Muhammad Ali sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau adalah seorang lagenda tinju dunia yang terkenal di dunia yang dikenali sebagai The Greatest Boxer. Muhammad Ali menjadi terkenal kerana karakternya yang tegas, berpegang teguh pada prinsip, percaya pada diri sendiri dan lantang menyatakan sesuatu apa yang difikirkan benar olehnya. Karakter-karakter inilah menjadikan beliau seorang Muslim yang berkulit hitam di Amerika Syarikat sehingga amat di hormati oleh semua golongan rakyat daripada yang rendah sehinggalah yang tertinggi iaitu Presiden Amerika Syarikat sendiri. Perjalanan kehidupan Muhammad Ali penuh dengan ranjau dan duri hingga boleh dijadikan sebagai teladan sebagai seorang rakyat kulit hitam dan juga seorang Islam yang berpegang teguh kepada kepercayaan agamanya di sebuah negara yang terkuat di dunia yang dikuasai oleh orang putih dan bukan sebuah negara Islam.


Latar Belakang Kehidupan

Muhammad Ali dilahirkan sebagai rakyat kulit hitam amerika yang nama asalnya ialah Cassius Marcellus Clay pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky dalam sebuah keluarga kulit hitam yang sederhana. Beliau dilahirkan dizaman Apartheid di Amerika Syarikat dimana kulit hitam di diskriminasikan oleh Kulit Putih pada ketika itu. Dikatakan mula belajar bertinju pada umur 12 tahun apabila basikal yang di milikinya di curi di hadapan matanya sendiri. Beliau amat marah terhadap pencuri tersebut dan cuba mempertahankan basikal miliknya tetapi tidak berdaya kerana pencuri itu lebih tua umur dan besar fizikal daripadanya. Oleh kerana ingin membalas dendam terhadap pencuri tersebut dan merampas balik basikal kepunyaannya, beliau telah belajar tinju daripada seorang polis berkulit putih yang dikenalinya berdekatan rumahnya. Dari sinilah beliau mula belajar teknik-teknik tinju hingga menimbulkan minat yang mendalam terhadap Sukan ini hingga menjadikanya seorang Legenda Tinju Dunia kini.

Bermulanya Karier Sebagai Petinju Profesional

Sebagai seorang peninju amatur pada mulanya, beliau telah mengejutkan rakyat Amerika Syarikat apabila memenangi kejohanan tinju pertamanya pada usia sangat muda iaitu berumur 18 tahun pada tahun 1960 dengan memenangi pingat emas olimpik di Rome dalam acara light-weight.

Selepas secara rasmi menjadi peninju profesional dan menentang beberapa lawan sepanjang 4 tahun dari tahun 1961 hingga 1964. Akhirnya pada tahun 1964 beliau berjaya menjadi Juara Dunia tinju kelas HeavyWeight pertama kali dengan mengalahkan Sony Liston. Kemudian sejak itu beliau mempertahankan kejuaraan dunia tersebut sebanyak 9 kali berturut-turut dari tahun 1965 – 1967 sehinggakan di gelar “The Greatest” karana selalu melaung-laungkan “I’m The Greatest” setiap kali mengalahkan lawan.


Memeluk Agama Islam

Selepas memenangi Kejuaraan Dunia HeavyWieight pada 1964, beliau mengejutkan warga Amerika Syarikat apabila mengumumkan yang beliau telahpun memeluk agama Islam dan menukar namanya daripada Cassius Marcellus Clay kepada Muhammad Ali.

Selepas pengumuman pemelukan Islam, beliau menyarankan agar semua media-media dan orang ramai memanggilnya dengan nama Muhammad Ali dan bukan lagi Cassius Marcellus Clay. Ini kerana menganggap nama sebelum ini adalah nama yang di beri oleh orang putih yang bermakna hamba sedangkan Muhammad Ali adalah bermaksud orang yang disayangi oleh tuhan.

“Cassius Clay is a slave name. I didn’t choose it and I don’t want it. I am Muhammad Ali, a free name – it means beloved of God – and I insist people use it when people speak to me and of me.”

Kontroversi-Kontroversi

Dalam buku autobiography yang diterbitkan pada tahun 1975, beliau ada menyatakan bahawa telah membuang pingat emas Olimpik pertama yang dimenanginya ke sungai Ohio kerana merasa terhina selepas di halau keluar daripada memasuki sebuah restoran kulit putih dan bergaduh dengan geng kulit putih. Dikatakan beliau membelasah kesemua kulit putih tersebut. Walaubagaimanapun, pada tahun 1996, pingat emas tersebut di ganti balik pada masa rehat perlawanan bola keranjang Olimpik di Atlanta, dimana beliau di beri penghormatan untuk menyalakan obor Olimpik semasa temasya Olimpik Atlanta 1996.

Pada tahun 1967, beliau mendapat perintah daripada kerajaan Amerika Syarikat menyertai askar untuk berperang di Vietnam. Tetapi beliau mengingkari perintah dan menyatakan pendirian tiada sebab beliau perlu menyertai peperangan tersebut kerana orang Vietnam tidak mengancam kerajaan Amerika Syarikat dan lagipun agama Islam melarang membunuh tanpa sebab kecuali untuk pertahanan.

Mengingkari perintah ini menyebabkan karier Muhammad Ali terbantut. Gelaran beliau sebagai Juara Dunia HeavyWeight semenjak tahun 1964 terpaksa di lucutkan dan tidak dibenarkan bertinju untuk sementara waktu. Walaupun begitu, Muhammad Ali tetap dengan pendirian tegasnya demi Agama Islam yang dianuti olehnya. Akibat daripada kontorversi ini, sebahagian warga AS memuji tindakannya dan sebahagian lagi menyatakan beliau sebagai pengkhianat negara dan tidak patriotik. Tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh kerajaan AS pada ketika itu ialah dibawah Selective Service Act.

Sebahagian ucapan daripada Muhammad Ali dalam penentangan arahan menyertai Perang Vietnam semasa ucapannya yang bertajuk “Black is Best “di hadapan 4000 pelajar dan intelektual di University Howard. Suatu perkara luar biasa apabila bekas Juara Dunia tinju memberi ucapan di universiti tersebut.

“War is against the teachings of the Holy Qur’an. I’m not trying to dodge the draft. We are not supposed to take part in no wars unless declared by Allah or The Messenger. We don’t take part in Christian wars or wars of any unbelievers”

“I ain’t got no quarrel with them Viet Cong … They never called me nigger.”